Monday, August 19, 2019

Percutian Di Pulau Langkawi

Assalammualaikum dan selamat sejahtera

Nama diberi Azrul Bin Suzazsuzuludin.Berumur 19 tahun.Melanjutkan pelajaran di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).Korang mesti pernah dengarkan. Sape sape yang teringin nak masuk ke universiti ini boleh mohon terutama kepada lepasan SPM dan juga lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma. Saya di sini mengambil jurusan Diploma Sains. Berada pada tahun kedua iaitu sem 4. Kami diberi tugasan subjek Maklumat digital dan Teknologi komunikasi untuk membuat blog yang bertajuk bebas.

Jadi saya mengambil pendekatan ini untuk menceritakan tentang percutian di Pulau Langkawi.Membuat blog ni suatu yang baru buat saya.Saya akan buat yang terbaik.Panjang pulak membebel...hehehehehe


Peta Pulau Langkawi

Image result for peta pulau langkawi


Di atas ialah peta bagi Pulau Langkawi.Saya akan cerita serba sedikit ciri ciri Pulau Langkawi.Pulau Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia.Keluasan pulau ini ialah 478.48 km(184.74 persegi). Kalau anda pergi ke sana anda terasa kecil je pulau tu. Tidak mengambil masa yang lama untuk satu destinasi ke destinasi yang lain. Selain itu, pulau ini juga kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam yang membuatkan ia sebagai tempat popular dengan kehadiran pelancong dari luar negara mahupun penduduk Malaysia sendiri.

Menaiki Feri

Image result for naik feri pulau langkawi


Untuk pergi ke Pulau Langkawi mereka menyediakan feri samada di Kuala Perlis, Kuala Kedah dan Penang. Di Kuala Perlis anda boleh membawa kereta sekali menaiki feri. Perjalanan untuk ke sana mengambil masa dalam satu jam atau dua jam. Jadi agak lama berada di lautan. Saranan kepada sesiapa yang mabuk laut diminta membawa beg plastik...hahahahaha...mungkin kalau anda pergi pada waktu pagi anda dapat melihat permandangan sekeliling. Anda juga tidak perlu tentang keselamatan kerana semua kelengkapan telah disediakan.

Harga tiket untuk menaiki feri

* Dewasa         : RM 25
* Kanak kanak : RM 17


Cable Car

Image result for kereta kabel langkawi

 Tempat Cable Car ini terletak di Gunung Mat Chincang. Dari Pekan Kuah anda mungkin mengambil masa sejam untuk sampai ke sini. Ini juga salah satu tarikan yang terdapat di Pulau Langkawi. Rugi kepada sesiapa yang tidak cuba merasai pengalaman menaiki cable car ini. Sungguh tidak mengecewakan. Anda dapat melihat permandangan dari atas semasa menaiki cable car permandangan pantai, gunung ganang dan tumbuhan hijau. Ia amat menenangkan. Mungkin ia juga menakutkan apabila berada semakin ke atas. Saya juga merasai perkara tersebut. Tetapi perasaan teruja mengatasi ketakutan saya anggap ia sebagai sesuatu yang menyeronokkan. Semasa di dalam tidak boleh terlalu banyak bergerak mahupun melakukan perkara yang dilarang di dalam cable car supaya perkara tidak diingini berlaku. Sebelum menaiki cable car anda juga perlu membeli tiket di kaunter.

Waktu operasi

10:00 pagi hingga 7:00 malam (Keadaan cuaca buruk perkhidmatan mungkin diberhentikan sementara waktu)

Harga tiket cable car

* Anda perlu membuat survey di website lain


Sky Bridge

Image result for skybridge langkawi

Anda bukan sahaja dapat merasai cable car tetapi sesampai sahaja di atas terdapat satu jambatan yang sangat panjang dan besar iaitu Sky Bridge. Ada dua untuk ke Skybridge sama ada jalan kaki guna tangga yang disediakan atau naik Skylift. Kepada sape sape yang nak melalui jalan masuk hutan turut disediakan iaitu Skyfoot. Berhati hati juga semasa berada di bawah kerana terdapat haiwan liar. Skybridge turut menyediakan Sky lift kepada yang tak larat tapi nak turun juga ke bawah. Permandangan di SkyBridge sangat cantik. Berada di tempat paling tinggi.Boleh juga untuk view menggunakkan teleskop. Dapat merasai tiupan angin yang kuat.

Harga tiket Skybridge

* SkyFoot   : RM 5
* SkyLift     : RM 15


3D Art Langkawi

Related image

Ini juga adalah salah tempat yang perlu anda pergi iaitu 3D art Langkawi. Di mana tempat dipenuhi dengn lukisan lukisan di dinding. Lukisan di situ juga amat menarik semuanye kelihatan seperti hidup. Dengar pun rase dah takutkan. Sesiapa yang suka mengambil gambar boleh datang ke sini.. Lukisan yang menarik. Pelbagai bagai bentuk, rupa dan warna. Sebelum masuk anda perlu menanggalkan selipar/kasut kerana lukisan lukisan mudah tertanggal. Di situ ade tempat penyimpanan selipar/kasut.



Sky Rex



Selesai sudah pergi ke 3D art langkawi, anda juga perlu merasai pergi ke dunia dinosaur. Tempat ia terletak di sebelah bangunan 3D art itu. Ini juga termasuk di dalam package tiket cable car. Sungguh menarik bukan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk berjumpe dengan dinosaur dinosaur yang ada di sana nanti...hihihihi.Tak nak cite kat dalam blog ni. Anda perlu pergi ke sane. Merasai sendiri pergi ke dunia dinosaur. Alaaa mcm dalam cite jurassic world tue. Korang mesti tahu kan. Tempoh mase berada di dalam Skyrex lebih kurang 10-15 minit.


Underwater World Langkawi

Image result for underwater world langkawi

Underwater world terdapat pelbagai spesis hidupan laut. Di sini jugaklah anda dapat meningkatkan pengetahuan am anda...hahahahaha..Haiwan mane yang selalu tengok kat tv boleh tengok depan depan. Nak cuba cuba pegang jangan gatal sangat tangan tu.

Harga tiket masuk Underwater world

* Dewasa           : RM 35
* Kanak kanak   : RM 25


Pantai Cenang




Kalau nak tahu dekat dekat je sume tempat ni. Gambar di atas ialah Pantai Cenang. Lokasi Pantai Cenang bertempat di sebelah Underwater world. Tarikan Pantai Cenang yang menarik pelancong sama ada luar negara mahupun pelancong dari Malaysia sendiri kerana memiliki pantai yang sangat cantik campuran pasir putih, air laut yang biru dan bersih serta permandangan yang mendamaikan. Di sini juga terdapat penginapan yang disediakan dan ada juga kedai kedai makan tempatan dan antarabangsa di sepanjang pantai. Tidak lupa jugak kompleks memnbeli belah pun ada. Pantai Cenang menyediakan kepada pengunjung untuk mencuba beberapa aktiviti di pantai. Antaranya ialah parasailing, jetski, mandi manda dan pelbagai lagi. Tetapi untuk mencuba aktviti aktivit ini harga telah ditetapkan. Di sebabkan ini tak sume saya dapat cuba. Rase nak cube semua sebab semua nampak best. Sedihnyeeee sape sape nak lanje...jangan lupa roger roger tau.


Haji Ismail Shopping Complex

Image result for Haji ismail shopping complex langkawi


Kedai atau shopping complex Haji Ismail amat terkenal di Langkawi. Sebelum balik nak beli coklat atau cenderahati boleh singgah ke sini. Coklat yang tidak ada di luar dari Langkawi boleh dapatkan di sini. Harga coklat atau barang barang rumah amat murah sedikit berbanding di luar Langkawi. 


Image result for gif thank you

Percutian Di Pulau Langkawi Assalammualaikum dan selamat sejahtera Nama diberi Azrul Bin Suzazsuzuludin.Berumur 19 tahun.Melanjutkan pel...